INTERENARY LAWATAN KE KOREA SELATAN (6 HARI 5 MALAM)
3 JUN 2013 (HARI PERTAMA - KUALA LUMPUR / KOREA)
4.30 pagi berkumpul di LCCT. 6.30 pagi daftar masuk penerbangan dan solat subuh di dewan perlepasan. 9.00 pagi bertolak ke Korea. (perjalanan mengambil masa 6 jam 20 min.).Makan tengah hari dalam kapal terbang. 4.00 petang tiba di Korea, terus daftar masuk hotel. Rehat dan solat jamak ta'khir. Kemudian mengelilingi bandar Korea melihat suasana malam dan terus makan malam. Selepas itu aktiviti bebas.
4 JUN 2013 (HARI KEDUA - SEOUL)
Selepas sarapan pagi melawat ke Korea Science Academy Kaist. Peserta boleh berkongsi idea dan pengalaman berkaitan dunia pendidikan 2 negara. Selepas sesi dialog makan tengah hari di restoran tempatan. Kemudian melawat Istana Kyongbok, National Folk Museum dan Presidential Blue House.Selepas solat lawatan ke Museum Peperangan, Masjid Antarabangsa Seoul, Itaewon Street untuk beli-belah.Kemudian makan malam halal dan pulang ke hotel.
5 JUN 2013 (HARI KETIGA - SEOUL)
Selepas sarapan pagi melawat ke Sung Do High School dan sekali lagi boleh bertukar idea dan berkongsi penngalaman untuk peningkatan kualiti pendidikan negara. Kemudian makan tengah hari di Restoran Makanan Laut Jepun dan solat. Seterusnya ke Nami Island untuk menikmati pemandangan dan suasana cantik di mana pernah menjadi lokasi penggambaran filem Winter Sonata. Kemudian ke Cheeonchong Myeongdong Street untuk beli-belah. Selepas makan malam di restoran halal pergi ke Chenggyecheon Stream Market dan Dongdaemun . Balik ke hotel.
6 JUN 2013 (HARI KEEMPAT - SEOUL)
Selepas sarapan melawat Insadong Cultural Street, Seoul Tower, Nansan Folk Village di mana boleh melihat pemandangan yang cantik.. Kemudian ke Seaweed Museum di mana berpeluang mengambil gambar dalam pakaian tradisional Korea "Han-Bok". Makan tengah hari dan makan malam di restoran halal tempatan.
7 JUN 2013 (HARI KELIMA - SEOUL)
Selepas sarapan pagi melawat Herb Centre,The Cosmetic Shop, National Ginseng Outlet, Amethhyst Factory, Namdaemun Market dan Myeong-dong Fashion Street untuk membeli-belah. Makan tengh hari dan malam di restoran halal tempatan. Balik ke hotel dan berkemas untuk persiapan balik keesokan hari.
8 JUN 2013 (HARI KEENAM - KUALA LUMPUR)
Daftar keluar hotel seawal 4.30 pagi terus ke Lapangan Terbang Incheon. Solat di bilik perlepasan. 9.35 pagi berlepas ke Malaysia. Makan tengah hari disediakan dalam penerbangan. Dijangka tiba di LCCT sekitar 3.05 petang.