Friday 29 March 2013

INTERENARY LAWATAN KE KOREA SELATAN (6 HARI 5 MALAM)

3 JUN 2013 (HARI PERTAMA -  KUALA LUMPUR  / KOREA)

4.30 pagi berkumpul di LCCT. 6.30 pagi daftar masuk penerbangan dan solat subuh di dewan perlepasan. 9.00 pagi bertolak ke Korea. (perjalanan mengambil masa 6 jam 20 min.).Makan tengah hari dalam kapal terbang. 4.00 petang tiba di Korea, terus daftar masuk hotel. Rehat dan solat jamak ta'khir. Kemudian mengelilingi bandar Korea melihat suasana malam dan terus makan malam. Selepas itu aktiviti bebas.


4 JUN 2013 (HARI KEDUA - SEOUL)

Selepas sarapan pagi melawat ke Korea Science Academy Kaist. Peserta boleh berkongsi idea dan pengalaman berkaitan dunia pendidikan 2 negara. Selepas sesi dialog makan tengah hari di restoran tempatan. Kemudian melawat Istana Kyongbok, National Folk Museum dan Presidential Blue  House.Selepas solat lawatan ke Museum Peperangan, Masjid Antarabangsa Seoul, Itaewon Street untuk beli-belah.Kemudian makan malam halal dan pulang ke hotel.


5 JUN 2013 (HARI KETIGA - SEOUL)

Selepas sarapan pagi melawat ke Sung Do High School dan sekali lagi boleh bertukar idea dan berkongsi penngalaman untuk peningkatan kualiti pendidikan negara. Kemudian makan tengah hari di Restoran Makanan Laut Jepun dan solat. Seterusnya ke Nami Island untuk menikmati pemandangan dan suasana cantik di mana  pernah menjadi lokasi penggambaran filem Winter Sonata. Kemudian ke Cheeonchong Myeongdong Street untuk beli-belah. Selepas makan malam di restoran halal pergi ke Chenggyecheon Stream Market dan Dongdaemun . Balik ke hotel.


6 JUN 2013 (HARI KEEMPAT - SEOUL)

Selepas sarapan melawat Insadong Cultural Street, Seoul Tower, Nansan Folk Village di mana boleh melihat pemandangan yang cantik.. Kemudian ke Seaweed Museum di mana berpeluang mengambil gambar dalam pakaian tradisional Korea "Han-Bok". Makan tengah hari dan makan malam di restoran halal tempatan.


7 JUN 2013 (HARI KELIMA - SEOUL)

Selepas sarapan pagi melawat Herb Centre,The Cosmetic Shop, National Ginseng Outlet, Amethhyst Factory, Namdaemun Market dan Myeong-dong Fashion Street untuk membeli-belah. Makan tengh hari dan malam di restoran halal tempatan. Balik ke hotel dan berkemas untuk persiapan balik keesokan hari.


8 JUN 2013 (HARI KEENAM - KUALA LUMPUR)

Daftar keluar hotel seawal 4.30 pagi terus ke Lapangan Terbang Incheon. Solat di bilik perlepasan. 9.35 pagi berlepas ke Malaysia. Makan tengah hari disediakan dalam penerbangan. Dijangka tiba di LCCT sekitar 3.05 petang.

Thursday 28 March 2013

PERJUMPAAN JAWATANKUASA BIRO LAWATAN PPSMNS BERSAMA JAWATANKUASA TERTINGGI





Satu perjumpaan berhubung pemilihan destinasi lawatan dan perlantikan agensi pelancongan telah diadakan pada 28 Mac 2013 di bilik Pengarah JPNS. Antara jawatankuasa yang hadir bersama ialah :
  1. Pn. Hajah Kalsom bt Khalid ( Pengerusi )
  2. En. Safian b. Abdul Manap. (JPNS)
  3. En. Abdul Aziz bin Adam (JPNS)
  4. Cik Roozana bt Maaris (PPD Kuala Pilah)
  5. Pn. Norhafizah bt Hj. Alwi ( PPD Kuala Pilah)
  6. Pn Fuziah bt Abd Malek ( Guru Besar, SK Paroi )
  7. Pn. Hjh Sadariah bt Md. Jali ( Pengetua, SMK Bkt Kepayang )
Keputusan mesyuarat:  
  • Perubahan destinasi lawatan dari Shanghai ke Korea Salatan.
  • Tarikh lawatan 3-8 Jun 2013.
  • Syarikat yang terpilih daripada empat sebut harga ialah NESKOP Travel Agency and Tours.
  • Dilampirkan sebut harga lengkap syarikat yang terpilih.
  • Kos lawatan ialah RM 3750 ( hotel 4 bintang) deposit 60% perlu dibayar semasa taklimat selewat-lewatnya 15 April 2013.
  • Tempat terhad untuk 35 orang sahaja. 
Sesiapa yang berminat boleh menghubungi Pn. Hjh Sadariah Bt Md Jali melalui telefon atau sms. (sila rujuk diari jabatan).





Wednesday 6 March 2013

Aktiviti Biro

MESYUARAT KHAS BERKAITAN LAWATAN PENANDA ARAS KE SHANGHAI-HANGZHO AKAN DIADAKAN PADA 22 MAC 2013 DI BALAI GADANG JPNS. SEMUA AHLI YANG TELAH BERDAFTAR DIWAJIBKAN HADIR.AGENDA UTAMA - TAKLIMAT PERJALANAN LAWATAN DAN URUSAN PEMBAYARAN.


LAWATAN PENANDA ARAS KE SHANGHAI-HANGZHOU

Biro Lawatan akan menganjurkan Lawatan Penanda Aras ke Shanghai - Hangzhou pada 3 hingga 7 Jun 2013. Kos Lawatan adalah sebanyak RM 2660.00 (tanggungan persendirian). Surat tawaran akan dihantar ke PPD dan Sekolah-Sekolah Negeri Sembilan. Diminta Kerjasama Pengetua dan Guru Besar menghantar maklumbalas ahli yang berminat menyertai lawatan melalui borang yang disediakan dan fax ke SMK Bukit Kepayang iaitu No fax 06-6338134 selewat-lewatnya 12 Mac 2013 (penyertaan terhad kepada 40 orang yang membuat bayaran terawal).

Bengkel Pembinaan Blog